Wudhu
Sebelum kita mula mendirikan sembahyang,
kita diwajibkan untuk berwudhu (mengambil air sembahyang atau
mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.
Di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: “Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwudhu “.
Wudhu dari segi BAHASA ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota – anggota tertentu. Dari segi SYARA’ bermaksud membersihkan
sesuatu yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka,
membasuh kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua
belah kaki dengan syarat – syarat dan rukun – rukun yang tertentu.
Firman Allah dalam Surah al – Maidah ayat 6 berbunyi:
Wahai orang-orang Yang
beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu
berhadas kecil), maka (berwudhulah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua
belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala
kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;
Hukum berwudhu adalah WAJIB kepada orang yang hendak melakukan sembahyang, tawaf, menyentuh Al – Quran, sujud syukur dan sujud tilawah
No comments:
Post a Comment