Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Solat atau Sembahyang adalah rukun Islam
yang kedua selepas mengucapkan dua kalimah syahadah dan merupakan ibadah
yang dituntut dari setiap orang muslimin. Setiap muslimin diwajibkan
menunaikan Sembahyang fardhu 5 waktu pada waktu-waktu yang telah
ditentukan. Hukum meninggalkan sembahyang ialah fasik (iaitu melakukan
dosa besar).
Allah Subhanahu Wata’ala kerana sembahyang itu mengandungi pujian, istighfar, doa, meminta pertolongan dan pengakuan. Sembahyang merupakan keseronokan dan rehat bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Daripada Huzaifah katanya yang bermaksud: “Adalah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam apabila baginda menghadapi perkara penting atau kesusahan, baginda sembahyang” (Sunan Abu Daud).
Sembahyang menegah seseorang dari
melakukan perkara keji dan mungkar. Firman Allah Subhanahu Wata’ala
dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45:
اتْلُ
مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ
تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
“Bacalah
serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan
Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.”
Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu
pengetahuan dan memberi tunjuk ajar kepada orang ramai secara umum
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sembahyang, terutama
sekali dari segi perlaksanaannya dan juga jenis-jenisnya. Selain itu,
blog ini juga dihasratkan untuk menjadi sumber rujukkan bagi para
pelajar dan juga guru dalam usaha pendidikan, pengamalan dan
penghayatan ibadah sembahyang.
Akhir sekali, kami mendoakan semoga para
pelawat blog ini memperolehi kebaikkan dan faedah dari ilmu pengetahuan
yang telah kami susun dalam blog ini.
Sekian
